spra-tum-mer-nato
spra-tun-mato

Kat sini jangan nakal-nakal, saya ketua badar~ aip!



Diaries Owner Linkies Stuff

Assalamualaikum. "Akal diberi utk berfikir. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada untuk hamba-Nya tika susah dan senang"-Nursyafawani,17


Macam nak komen je



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Your Name
Others:   


Bencana Akhir Zaman. (Berpandukan Al-Quran dan Hadis)

"Bertakwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada, dan ikuti kejahatan itu dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan dosa kejahatan itu dan berakhlak kepada manusia dengan akhlak yang baik"
(Direkod oleh at-Tarmizi)

Tanda-tanda kecil terbahagi kepada 2 iaitu 
-Tanda-tanda yang sudah berlaku
-Tanda-tanda yang akan berlaku/sedang berlaku

A.Tanda-tanda yang sudah berlaku

1.Diutus Oleh Nabi Muhammad
-Nabi Muhammad berkata sambil merapatkan jari telunjuk dan jar tengah beliau, "Jarak diutusnya saya dengan hari kiamat adalah seperti dua jari ini.Seperti keutamaan salah satu atas yang satu lagi." (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

2.Kewafatan Nabi Muhammad
-Baginda meletakan kewafatannya sebagai tanda hari kiamat. Beliau berkata kepada Auf bin Malik , katanya "Hitunglah enam perkara di ambang kiamat, iaitu kematianku, penaklukan Baitulmuqaddis, merebaknya penyakit maut yang biasa menimpa haiwan ternakan seperti kambing. Kemudian, melimpah-ruahnya harta sehinggakan apabila seorang diberi ratusan dinar dia masih tidak gembira. Selepas itu , fitnah memasuki setiap rumah orang Arabdan genjatan senjata antara umat Islam dan Bani Ashfar . Namun begitu , mereka kemudiannya mengkhianati kamu lalu datang kepada kamu dengan 80 panji dan setiap panji ada 21,000 orang askar."(Direkodkan oleh Bukhari)

3.Terbelahnya bulan
-Bagi menerangkan tanda ini , Allah berkata dalam ayat 1-2 surah al-Qamar, 
"Ketika hampir saat(kedatangan hari kiamat) , akan terbelahlah bulan"

"Apabila mereka(kaum Musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Inilah) sihir yang terus-menerus berlaku"

Anas bin Malik menceritakan, "Penduduk Mekah pernah meminta Nabi Muhammad menunjukkan kepada mereka satu tanda kenabian. Beliau pun menunjukkan kepada mereka terbelahnya bulan sebanyak dua kali."(Direkodkan oelh Muslim)

4.Penaklukan Baitulmuqaddis

5.Tersebarnya penyakit taun
-Nabi Muhammad berkata kepada Auf bin Malik, katanya, "Hitunglah 6 perkara di ambang kiamat. Anataranya merebak penyakit maut yand biasanya menimpa haiwan ternakan seperti kambing."
Penyakit ini tersebar di Syam pada tahun 18 Hijrah. Pada ketika itu , lebih daripada 25,000 orang Islam meninggal dunia kerana penyakit itu.

6.Munculnya orang mengaku Nabi
-Nabi Muhammbad mengingatkan, "Tidak akan terjadinya Kiamat sehingga munculnya par Dajjal si pembohong yang jumlahnya hampir 30 orang. Masing-masing mengaku bahawa mereka rasul (utusan) Allah."
Orang-orang yang mengkau nabi sudah pun muncul pada zaman sahabat. Antara mereka adalah Musailamah al-Kazzab , Malik bin Nuwairah , al-Aswad al-Ans dan seorang bomoh wanita bernama Sajjah. Pada masa tabiin iaitu selepas zaman sahabat muncul al-Mukhtar ats-Tsaqafi. Kira-kira lebih dari satu abad yg lalu , muncul al-Mirza Abbas di Iran yg mengaku nabi pada masa itu .

7.Jalan-jalan yang aman.
-Adi bin Hatim menceritakan apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad kepadanya. "Tidak akan terjadi kiamat sampai ada seorang wanita yang berjalan dari Hijaz menuju Iraq dalam keadaan aman. Yidak takut kepada apa pun." 
Adi bin Hatim berkata. "Benarlah, kerana saya pernah melihatnya dengan mata sendiri." (Direkodkan oleh Ahmad)
Sejarah mencatatkan yang keamanan di jalan-jalan ini berkat keutamaan Islam dan ajaran-ajarannya. Padahal, sebelumnya manusia merasa tidak selamat melakukan perjalanan melalui jalan-jalan ini, kecuali apabila rombongan itu disertai para penjaga dan pengawal.


8.Api keluar dari Hijaz (Arab Saudi) sehingga menerangi leher-leher unta di Basrah (sebuah bandar di Iraq)
-Nabi Muhammad berkata, "Kiamat tidak akan terjadi sebelum api muncul dari tanah Hijaz yang dapat menerangi leher-leher unta di Basrah." (Direkodkan oleh Muslim)
An-Nawawi menulis dalam kitabnya Syarhun Nawawi Ala Muslim mengenai kemunculan api di Madinah pada tahun 654 Hijrah. "Api itu sangat besar dan muncul dari arah Timur Madinah di belakang Herat. Perstiwa ini diketahui oleh seluruh penduduk Syam(Baghdad) dan semua daerahnya. Penduduk Madinah yang menyaksikan ini mengisahkannya kepada saya."


9.Terjadinya peperangan dengan Turki
-Salah satu tanda kiamat yang diberitakan oleh Nabi Muhammad, adalah beberapa kaum dari Tatar yang memakai sandal bulu, bermata sepet, berwajah merah dan berhidung kecil akan memerangi kaum Muslim.
Nabi Muhammad menjelaskan, "Kiamat tidak akan terjadi sehinggalah kamu memerangi satu kaum yang bersandal bulu dan sampai kalian memerangi bangsa Tatar yang bermata sepet,, berwajah merah, berhidung kecil, seakan-akan wajah mereka bagaikan bertameng yang ditimpa palu."


Peperangan dengan Tatar ini terjadi pada zaman sahabat iaitu pada awal pemerintahan Bani Umaiyyah. Sifat-sifat yg disebutkan oleh Nabi Muhammad itu amat sesuai dgn bangsa Tataryang berasal dari Turki. Tatar adalah satu bangsa yang ganas.

Ada yang yang mengatakan, mereka melakukan pembunuhan di Baghdad dengan jumlah korban mencapai satu juta nyawa akibat kelalaian khalifah yang menyukai senda gurau tanpa faedah, serta suka mengumpulkan harta dan perhiasan. Ketika itu orang Tatar bebas melakukan kerosakan di Bumi, di mana merak pun tinggal. Sampai akhirnya, Allah mengirimkan seorang panglima Muslim bernama Qathaz yg memerintah di wilayah Mesirdan dibantu oleh Zhahir Beibrus. Mereka berjaya mengalahkan pasukan Tatar di Ain Jalut, seterusnya melumpuhkan kekuasaan dan melemahkan kekuatan bangsa itu.

10.Harta melimpah-ruah.
-Abu Hurairah merekodkan, Nabi Muhammad pernah memberitahu, "Kiamat tidak akan terjadi sehinggalah ada antara kamu yang mendapat harta yang banyak melimpah-ruah, sehinggalah pemilik harta mencari-cari orang untuk menerima sedekahnya. Apabila seorang dipanggil, maka dia berkata, 'Saya tidak memerlukannya'."(Direkodkan oleh Bukhari)

Perkara ini sudah terjadi pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin Abdul Aziz. Dikisahkan, pada waktu para pemberi zakat terpaksa pulang kerana tidak berjumpa seorang ppun yang berhak menerimanya. Harta melimpah-ruah pada masa pemerintahan Abbasiyah, khususnya pada era khalifah Harun ar-Rasyid.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatu! Sihat? Alhamdulillah korang sihat :) Wani pun alhamdulillah sihat :] Okay, lets start our conversation pulak :) Ingat! Saya bukan buat andaisendiri ke ape eh? Saya sertakan siapa yang merekodkannya and siapa yg sampaikan. Dosa ah buat fitnah 0=) Hehehehe :B Hmm , nilah tanda-tanda kecil yang dah berlaku :/ Subhanallah. Ada lagi actually , Tanda-tanda yang sudah berlaku dan mungkin akan berulang . Itu saya akan update next entry okay? Ya Allah srsly saya letih menaip ni dalam dua hari . Hahaha , sikit je en? Actualy.... eh mana boleh saya cerita nanti tak surprise :P Ahakzzzz! Okay , saya nak bertweeting sekejap n_n Ikuti next entry okay? MasyAllah , rugi kalau tak baca! Ini umum dan wajib ambik berat pasal ni :) Okay , assalamualaikum!

May Allah bless you all :) Loads of love xx