spra-tum-mer-nato
spra-tun-mato

Kat sini jangan nakal-nakal, saya ketua badar~ aip!



Diaries Owner Linkies Stuff

Assalamualaikum. "Akal diberi utk berfikir. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada untuk hamba-Nya tika susah dan senang"-Nursyafawani,17


Macam nak komen je



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Your Name
Others:   


Bencana Akhir Zaman. (Berpandukan Al-Quran dan Hadis)

Assalamualaikum readers yang setia baca blog ni . Hehe harini nak sambung :) Let's go!!!

B.Tanda-Tanda Yang Sudah Berlaku dan Mungkin Berulang

1.Berlakunya perlbagai fitnah.
-Salah satu tanda kiamat yg dikhabarkan oleh Nabi Muhammad kepada kita adalah terjadinya perlbagai fitnah yang menimpa umat Islam. Fitnah itu berlaku sehingga menyeret mereka kepada perpecahan, pembunuhan dan kebingungan. Boleh jadi, fitnah itu seperti yang dialami ketika ini dengan tersebarnya gambar lucah dimana-mana,berleluasanya harta riba dan banyaknya amaln rasuah dalam masyarakat. Bahkan kerana beratnya fitnah ini, ramai yang tidak mampu mempertahankan keimanannya.
Nabi berkata, "Segeralah kamu melakukan perbuatan baik sebelum datangnya fitnah. Fitnah itu seperti malam yg gelap-gelita. Pada pagi hari seorang itu percaya kepada Allah tetapi menjelang petang dia menjadi kafir dan pada waktu petang seorang itu percaya kepada Allah tetapi menjadi kafir apabila menjelma pagi."(Direkodkan oleh Muslim)

2.Mengucapkan salam hanya kepada orang yang dikenali
-Nabi menjelaskan,"Menjelang datangnya kiamat, salam hanya diucapkan kepadaorang yang dikenali, perdagangan semakin meluas sehingga isteri turut bantu suaminya dalam perdagangan, silaturrahim terputus, banyak persaksian palsu, kesaksian yang benar disembunyikan dan munculnya pena."(Direkodkan oleh Ahmad)

3.Meluasnya perdagangan 
-Kita perlu bijak dalam mengambil sikap keatas tanda kiamat yang satu ini. Ia tidak bermakna yang umat Islam dilarang berdagang ataupun mencari rezeki melalui bidang ini. Tetapi, Nabi Muhammad mengingatkan kita supaya tidak lalai daripada beribadah kepada Allah apabila muncul tanda ini.

4.Putusnya silaturrahim.
-Inilah raliti buruk yang terjadi pada akhir zaman ini. Oleh sebab ramai yang memutuskan tali silaturrahaim, mereka sudah tidak mengenali siapa anggota keluarga mereka. Tanda kiamat ini akan berlanjtan dan berlaku sampai datangnya kiamat dan tidak terbatas pada satu zaman tertentu sahaja.

5.Konspirasi umat lain ke atas umat Islam
- Seorang sahabat bernama Tsauban melaporkan, Nabi Muhammad bercerita tentang musuh umat Islam yang mahu musnahkan umat Islam . Kata Nabi,"Musuh-musuh kamu akan mengerjakan kamu sebagaimana orang-orang yang sedang kelaparan menghadap meja yang oenuh dengan hidangan."
Seorang sahabta bertanya."Adakah kerana ketika itu bilangan kami sedikit?"
Nabi Muhammad menjawab,"Tidak! Jumlah kamu ramai tetapi kamu seperti buih di lautan. Allah mencabut rasa takut daripada dada musuh kamu sehingga mereka tidak gentar kepada kamu. Kemudian Allah mencampakkan penyakit wahn kepada kamu."
Sahabat bertanya lagi,"Wahai rasul Allah, wahn itu apa?
Baginda menjawab,"Cinta dunia dan takut mati."

Peristiwa seperti yg disampaikan Nabi Muhammad itu benar-benar sudah terjadi dan akan berulang lagi. Selepas keruntuhan pemerintahan Bani Usmaniah di Turki, pelbagai bangsa berkonspirasi ke atas kaum Muslimin.Hari ini , dunia Barat bersatu bagi menentang Islam. Mereka bekerjasama menjajah umat Islam di negara mereka. Serangan Amerika dan sekutunya ke atas Afghanistan dan Iraq adalah contoh baru terjadi. Seluruh negara di dunia saling membantu dan mengarut langkah bagi melenyapkan umat Islam. Semoga Allah menyelamatkan kita dan melindungi kita . Amin ya rabbal'alamin.

C. Tanda-Tanda Yang Sudah Dialami dan Akan terjadi Pada Zaman Ini

1.Amanat di persia-siakan
-Abu Hurairah bertanya,"Bagaimana mensia-siakan amanat itu wahai rasul Allah?"
Beliau menjawab,"Apabila satu-satu urusan diserahkan kepada yang tidak layak."(Direkodkan oleh Bukhari)

2.Riba bermaharajalela
-Riba tidak dibenarkan oleh Allah. Dalam ayat 278-279 surah al-Baqarah, Allah berkata,"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki-baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika kamu benar-benar orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga mengikut perintah larangan riba itu, maka ketahuilah kamu yang akan ada peperangan daripada Allah dan rasulnya. Akibatnya kamu tidak akan selamat). Apabila kamu bertaubat, maka ha kamu (yang sebenarnya) adalah pokok asal harta kamu. (Dengan itu) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa."

3.Meluasnya perbuatan seks luar nikah.
-Tersebarnya perbuatan seks luar nikah dalam masyarakat adalah salah satu tanda akan datangnya kiamat. Nabi berkata,"Antara tanda datangnya kiamat adalah bermaharajalelanya perzinaan."(Direkodkan oleh Bukhari)

4.Muzik dianggap halal.
-Nabi Muhammad berkata," Benarlah akan terjadi di tengah-tengah umatku satu kaum yang menghalalkan seks luar nikah, sutera, minuman keras dan alat muzik."(Direkodkan oleh Tarmizi)

5.Minuman keras dianggap perkara biasa
-Nabi Muhammad berkata,"Benar. Akan ada segolongan umatku yang menghalalkan minuman keras dan memberinya nama dengan nama yang lain."(Direkodkan oleh Ahmad)

6.Berlumba-lumba meninggikan bangunan
-Kemudian dia (Jibrail) bertanya pula tentang hari kiamat, lalu dijawab oleh Nabi Muhammad,"Tidaklah orang yang ditanya itu lebih tahu daripada orang yang bertanya."
Jibrail berkata,"Beritahulah saya tanda-tandanya."
Baginda menjawab,"Apabila wanita melahirkan tuannya dan saudara melihat orang yang tidak berkasut, tidak berbaju, miskin dan penggembala kambing berlumba-lumba meninggikan bangunan."(Direkodkan oleh Muslim)

7.Manusia bermegah-megah membangunkan masjid.
-Ironinya, walaupun banyak masjid yang bangunanya megah, tetapi sunyi daripada jemaah.

8.Pasar-pasar semakin dekat.
-Abu Hurairah merekodkan, Nabi Muhammad berkata,"Kiamat tidak akan terjadi sehinggalah menculnya bermacam-macam fitnah,banyak pembohongan dan pasar-pasar berdekatan."(Direkodkan oleh Ahmad)

9.Meniru tingak laku orang-orang bukan Islam.
-Beliau berkata,"Tidak akan terjadi kiamat selagi umatku tidak mengambil tingnkah laku umat-umat sebelumnya sejengkel dan sehasta de sehasata."
Ada yang bertanya,"Wahai rasu Allah Allah , apakah mereka itu orang-orang Pasri dan Rom?"
Beliau menjawab,"Manusia mana lagi selain mereka?" (Direkodkan oleh Bukhari)

10.Munculnya wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang.

11. Jumlah wanita lebih ramai daripada lelaki

12.Orang tua menyerupai orang muda.

13. Banyaknya pembohongan dan kesaksian palsu.

Alhamdulillah dah siap . Eh rileks ah dulu . Ade lagi  tapi wani dah letih ya Allah sangat ni. Bahu dah ketat dan jari macam nak tercabut . Readers thanks sebab setia baca tanda-tanda kecil ni :) Emm and sorry tak letak pengertian dia sekali :( Sorry sesangat!!! Ehemm , tanda-tanda besar ade jugak tau . Tapi sabar lah eh? Itu semua terangkan segala-segalanya :) insyAllah wani tak cut cut . Hehehehe , okaylah wani nak ambik short nap . Letih :( Assalamualaikum n__n

May Allah hear us ;)