spra-tun-mato ![]() Assalamualaikum. "Akal diberi utk berfikir. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada untuk hamba-Nya tika susah dan senang"-Nursyafawani,17 Macam nak komen je Credits!
| Munculnya al-Masih ad-Dajjal Assalamualaikum semua n_n Sihat? Alhamdulillah :) Tak? Put faith on Allah okay? Wani alhamdulillah sihat :) Okay harini saya nak cerita pasal dajjal laknatullah pulak . Hmm , yang haritu saya sebab tajuk tak best :p InsyAllah saya buat entry yang lain eh? Pasal dajjal laknatullah ni panjang . I'll put ze important one je eh? Okay let's go~ Zuffffff macam F1 tak? Hewhew :P Antara fitnah terbesar pada zaman menjelang terjadinya kiamat adalah Dajjal yang menjadi sumber kekufuran, kesesatan dan fitnah. Oleh sebab itu, tidak hairanlah apabila para memperingatkan kaum mereka supaya berhati-hati dengan fitnah Dajjal. Nabi mengkhabarkan kepada kita,"Tidak seorang para nabi pun yang diutus kecuali bagi mengingatkan umat mereka tentang seorang pendusta. Ketahuilah yang mata kananya buta sebelah sedangkan tuhan kalian tidak buta sebelah dan antara di antara dua mata tertulis perkataan "kafir"(Direkodkan oleh al-Hakim) Disebabkan fitnah Dajjal itu sangat dahsyat, Nabi Muhammad mengajar kita bagaimana hendak berlindung daripada Dajjal dalam setiap sembahyang. Imran bin Hushain memberitahu yang dia mendengar Nabi Muhammad berkata,"Sejak penciptaan Adam sampailah hari kiamat nanti, tidak ada satu ujian pun yang lebih dahsyat daripada Dajjal."(Direkodkan oleh Muslim) Nabi Muhammad tidak hanya mengingatkan umatnya supaya berhati-hati dengan fitnah Dajjajl, tetapi turut memberitahu ciri-ciri Dajjal secara jelas. Dengan itu umat Islam boleh mengecamnya dan tidak tertipu olehnya. Siapakah yang dimaksudkan sebagai Dajjal? Mengapa dinamakan Dajjal? Bagaimana sifatnya? Siapa pengikutnya? Semuanya akan dihuraikan dalam perenggan-perenggan berikut nya :) Maksud al-Masih ad-Dajjal Ciri-ciri fizikal dan Sifatnya Dajjal adalah seorang lelaki berketurunan Yahudi. Kulitnya berwarna merah, badannya pendek , rambutnya kerinting, dahinya lebar, bahunya luas bidang dan mata kanannya buta. Diantara kedua-dua matanya tertulis kaf fa ro yang dapat dibaca oleh orang mukmin, tidak kiralah orang itu dapat baca atau tidak. Selain itu, Dajjal itu mandul dan tidan memounyai anak. Beberapa rekod hadis ada menggambarkan ciri-ciri fizikal. Abdullah bin Umar merekodkan, Nabi menceritakan mengenai mimpinya. Beliau bermimpi mengelilingi Kaabah lalu melihat Isa bin Maryam. Kemudian beliau nampak Dajjal. Beliau pun memberitahu ciri-ciri Dajjal, katanya"Dia seorang lelaki berbadan besar dan berkulit agak kemerah-merahan , rambutnya kerinting, matanya buta sebelah, mata satu lagi seperti buah anggur yang menonjol . Ornag yang paling mirip dengannya adalah Ibnu Qhatan, lelaki berasal dari Bani Khuzaah."(Direkodkan oleh Bukhari) Muslim merekodkan, Nabi Muhammad memberitahu yangDajjal mandul dan tidak mempunyai anak. Jadi, Dajjal adalah manusia biasa yg tidur, makan , minum dan buang air. Kenyataan ini membantah dua pendapat yg keliru tentang Dajjal laknatullah. Pertama, pendapat orang yg sekular dan liberal yg mengatakan Dajjal itu bukan manusia tetapi sekadar simbol kezaliman kejahatan.Kedua, pendapat sebahagian org yg menggambarkan Dajjal sebagai manusia raksasa bermata satu dengan telinga tajam meruncing, dua tanduk dikepala, perut buncit tanpa baju dan kuku panjang runcing. Dajjal kononnya datang ke kota-kota menghancurkan semua bangunan sehingga rata dengan tanah. I'll say this RIDICULOUS !!! Dajjal sudah ada pada zaman Nabi Muhammad Ada dua rekod yg menyebut Dajjal sudah ada pada zaman Nabi Muhammad . Satu hadis tentang Ibnu Syyah yang sifat menyeruoai Dajjal dan satu lagi Dajjal yg diceritakan oleh Tamim ad-Dari. I'll tell you only yg diceritakan oleh Tamim ad-Dari eh? Dajjal yg diceritakanoleh Tamim ad-Dari Dalam rekod lain, seorang Nasrani yg sudah memeluk Islam bernama Tamim ad-Dari, menceritakan kepada Nabi Muhammad yang dia pernah melihat Dajjal dalam keadaan terbelenggu di sebuah pulau. Muslim merekodkan kisah itu dalam sahihnya kisah itu diceritakan oleh Amir bin Syarahil yang bertanya kepada saudara perempuan Adh-Dahak bin Qais bernama Fatimah binti Qais. *Emm maaf semua saya boleh cerita sampai sini je :( Saya memang sangat sangat sangat rasa bersalah. Tapi saya dah tunaikan saya janji kan? Tapi separuh jelah :p Maaf :-(* Ya Allah lindungilah Kami dari penipuan dan fitnah Dajjal laknatullat. Amin
|