spra-tum-mer-nato
spra-tun-mato

Kat sini jangan nakal-nakal, saya ketua badar~ aip!



Diaries Owner Linkies Stuff

Assalamualaikum. "Akal diberi utk berfikir. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada untuk hamba-Nya tika susah dan senang"-Nursyafawani,17


Macam nak komen je



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Your Name
Others:   


titik.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatu *cough* maaflah saya tak sihat ~_~  pening kepala. Nampak burung terbang-terbang tepi mata ni. *~*  Well, as pembuka kata, hai! hello! Rindu? *cough* terima kasih :p Maaflah disebabkan lama tak update blog, tak tau nak cakap apa dah. *..................crickets...............*  Well, lemme start dengan puasa. Nak? nak? nak? Chulbal~


PUASA


Ehemm, alhamdulillah puasa saya penuh setakat INI dan bersyukur juga sebab banyak lauk yang terhidang. Hikhikhikhikhikhik k panjang beno tu. Sempena puasa ni, dekat sekolah saya banyaklah juga aktiviti yang sedang berjalan emm macam, tadarus Al-quran, menderma setiap hari jumaat dan... tu je kot. Banyak lah jugak, lebih dari dua. Many is better than one. PERINGATAN: Sesiapa yang tak sempat habiskan puasa sebab tertangguh ke, tak sempat ke, buat-buat tak sempat ke, apa-apalah alasan kan, tolonglah bayar fidyah dengan makanan asasi sesebuah negara.Kita Malaysia so kenalah bayar dengan beras. Kalau duduk luar negara ikutlah makanan asasi dia apa. Gandum ke, roti ke, jagung ke. Itu hutang kita dengan Allah bukan dengan mak. WAJIB bayar. Kalau korang diluar tertanya-tanya berapa gram secupak ye? Meh sini saya bagi tahu, secupak beras bersamaan 675 gram dan bersamaan RM1.18. (Sumber JAKIM) Kalau tak larat nak bawak beras, bayarlah dengan duit. 1 hari tak puasa 1 cupak. Dan jangan lupa kalau kita tangguhkan puasa sampai ke tahun depan, bergandalah fidyah nanti ;) Silalah flashback tahun-tahun yg lepas tak puasa tu. Puasa tu tetap ganti kalau dah bayar fidyah pun. Ingat, bila-bila je Allah boleh tarik nyawa kita......






CRUSH


There's no more crush.


 BIG BIG BIG BIG  BIG EXAM 




Well, saya berumur 15 tahun dan tak lama lagi akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Trial PMR. TPMR pada 7/8-13/8. It's a big day. Very big. Di mana peperiksaan itu menentukan kemasukan ke asrama penuh. Ya Allah. Insya-Allah, boleh buat dan alhamdulillah saya dah 85% ready. Just really need to focus on History , Pendidikan Agama Islam and Mathematics. Yang ke bold tu paling lemah okay. Ehemm, secara jujurnya lah. Yang lain alhamdulillah boleh buat. Insya-Allah, Amin. Harini jari saya rancak menulis blog sebab ibu bagi cuti, tapi untuk harini je T____T. Tapi takpe, lepas tu free lah. Tapi, SPM  ada lagi. Hmmm... Bak kata ibu, "Belajar ni tak pernah habis. Belajar ni sampai mati. Tak pernah dan tak akan habis sampai lah kita mati." Insya-Allah ibu, wani akan belajar sampai mati. Sampai PhD macam ibu :)


SPORT'S DAY


Sebenarnya dah lama dah sukan sekolah ni, tapi tak update je. Gambar-gambar semua ada tapi internet lembab macam siput. Lagi lambat dari kongkang. Tau apa itu kongkang? Tak tau? Ish ish ish ish, tengok lah dalam google, saya bukan google, saya ni wani :D Insya-Allah, gambar-gambar tu saya upload lepas Trial PMR okay? Arasso? Ow Kay.


Sekali lagi, saya nak minta maaf sebab lama dah menghilangkan diri. Bak kata omputeh, Missing In Action. Kena penyakit MIA. Hikhikhikhik.Saya akan kembali aktif selepas peperiksaan PMR. Insya-Allah. Emm, rasanya sampai disini sahaja. Bye and assalamualaikum :)



When there's a will, there's a way, Insya-Allah.